Tetapkan keutamaan korang.
Bila
dah dapat pastikan apa yang korang ingin lakukan pada minggu ini, catatkan
dalam buku catatan harian anda. Catatkan apa tugas-tugas yang terlibat dalam
usaha untuk menyelesaikan tugasan korang. Ini akan buat korang terus fokus menjalankan
tugas dengan baik.
Abai atau hapuskan terus gangguan.
Belajar
katakan tidak kepada apa jua ajakkan rakan korang, pergi ngeteh ke tengok
wayang ke? Persetankan itu semua. Tumpukan pada tugas selagi tak settle.
Kadang-kadang
gangguan itu datangnya dari internet atau media sosial contoh macam korang nak
google something dari internet sedar-sedar 2jam hanyut menyimpang dari tujuan
nak google mengenai tugas korang. Jadi korang perlu guna apps ini di smartphone
korang, Forest ini membantu korang lebih fokus. Boleh download di Apps Store
dan Google Play.
Kemas tempat korang.
Kemas workstation korang yang serabut tu. Bila serabut ia boleh pengaruhi
emosi. Bila emosi kacau, korang tak focus dan tugas anda pun terganggu. Belajar
teknik 5S kompom ni boleh tolong korang. Bila dah kemas dan teratur,
barang-barang keperluan pun senang nak cari dan lebih lancar nak settlekan
kerja.
Jangan lupa desktop korang pun kena kemas jugak kena asingkan dulu baru
boleh delete mana-mana file yang dah tak pakai. Anda boleh ikut tips dari video
ini.
Motivasikan diri anda.
Nak
atau tak nak korang mesti settlekan
kerja jugakkan. Jadi kena cari semangat, on lagu-lagu yang boleh beri korang semangat atau buat
anda fokus. Contoh seperti di video ini.
Sentiasa relaks.
Setiap keputusan yang kita lakukan akan lebih tepat jika tindakan dan
fikiran kita dalam keadaan tenang, betul? Cuba anda buat keputusan dalam
keadaan marah. Tidakkah keputusan itu akan dipengaruhi emosi anda?
Jika kita buat keputusan
mengikut emosi, kita bukan sahaja akan rugi dan menyesal, malah akan timbul
perasaan stress. Ia akan memberi tekanan pada kerja kita dan hasil yang
diperolehi tidak akan sama dengan kita harapkan. Jadi istighfar dan ingat Tuhan
ingat orang tersayang.
Oleh itu, chill je tak payah
serabut sangat.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif : arena-domino.net
100% Memuaskan ^-^