Hmm nampaknya Google mencipta
satu sistem AI (Artificial Intelligent) yang membantu manusia menjalankan
tugas-tugas harian. Ia bermula dengan Google Assistant satu sistem AI yang telah
dipasang pada smart speaker seperti Google Home Max dan pelbagai peranti
Android yang lain.
Di Google I/O* pada 8 Mei 2018,
Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai mendedahkan satu sistem AI baru
yang membuatkan sistem AI ini nampak lebih manusia seolah-olah kita mempunyai
PA (personal assistant) sendiri. Sistem ini dinamakan Google Duplex.
Pada mulanya kita mendapati ia
satu penemuan teknologi Google yang menakjubkan tapi pada masa yang sama timbul
rasa seram atau creepy kerana intonasi atau lenggok suara tersebut
sebijik-sebijik macam seorang manusia biasa membuat tempahan untuk servis atau
barangan. So bayangkan kita yang terima call dari AI tersebut kita takkan tahu sama ada manusia atau robot yang call kita.
Google Duplex ni ada pelbagai
jenis suara lelaki dan perempuan. Suara penyanyi John Legend pun ada. Penemuan
baru ini meletakkan pesaingnya Siri(Apple) dan Cortana(Windows) jauh
dibelakang. Tetapi ciptaan ini akan membuka ruang pelbagai inovasi baru pada
dunia teknologi.
Walaupun masih dalam peringkat percubaan, kita boleh bayangkan
berlagak seperti Tony Stark memberi arahan kat Jarvis macam dalam movie Iron
Man. Cool kan, haha!
Tak percaya tengok video bawah
ni.
*Google I/O ialah satu persidangan
tahunan bagi developer yang diadakan oleh Google di Mountain View, California.
I / O mempamerkan sesi in depth technical yang difokuskan untuk membina
aplikasi web, mudah alih dan perusahaan dengan Google dan sumber terbuka
seperti Android, Chrome dan OS Chrome, API, Toolkit Web Google, App Engine, dan
banyak lagi.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif : arena-domino.net
100% Memuaskan ^-^