Dah bosan main ML, Fortnite, PUBG
dan sebagainya? Hari ni kita kenalkan game Football Manager. Kalau korang
pernah main FIFA dan PES dan peminat sejati sukan bola sepak, you are no
stranger for this game. Sikit sebanyak ada asas dalam bagaimana permainan bolasepak
berjalan.
Akan tetapi Football Manager
adalah salah satu permainan berbentuk simulasi taktikal di mana korang akan
menjadi pengurus kepada sesebuah kelab. Kalau nak main game santai-santai boleh
la cuba sambil dapat tambah pengetahuan selok belok nak menguruskan sesebuah
kelab bola sepak.
Nak main game ni nak kena rajin
membaca, sebab banyak perkataan baru yang korang tak pernah dengar. Tapi
sekarang semua dah senang sebab dah ada rujukan Bahasa Melayu untuk Football
Manager. Korang boleh ke https://fmmsia.wordpress.com
banyak tips and tricks kat situ.
Masa korang tengok bolasepak
mesti korang tertanya-tanya “eh kenapa macam ni?” “Eh kenapa player tu tak
turun main?” Haa dari sini jugak korang merasa la jadi coach. Baru korang faham
bila duduk tempat coach.
Game ni jugak kalau kita main ia
akan menilai cara kita menguruskan pelbagai situasi, sama ada dari segi
kewangan kelab, hubungan staf dan pemain, penggiliran pemain, taktikal pasukan,
urusan perpindahan pemain, kontrak pemain, pembinaan skuad dan sebagainya.
Ya memang ada banyak game
bercorak taktikal simulasi seperti ini tetapi game ini mempunyai kelainan serta
berada dalam kelasnya tersendiri. Anda boleh dapatkan game ini kat Steam. Apa
lagi download lah!
MAKE HEADLINES. DOMINATE HASHTAGS.
RUN FOOTBALL LIKE A BOSS.
RUN FOOTBALL LIKE A BOSS.
No comments:
Post a Comment