Kami kat ZFA Official ni ada cabang ZFA Sport. Jadi peranannya kat sini nak lihat landskap atau keadaan anak muda, remaja belia di negara kita ni aktif dalam bidang sukan dan adakah kita berada di landasan yang betul untuk memastikan bakat sukan kita menjadi pelapis kepada jaguh sukan yang ada pada hari ini?
Lama
perhati agak ramai juga jaguh sukan dalam pembikinan ni. Salah satunya Eswaran
A/L Thinakaran atau lebih mesra dipanggil Mamu, 17, berasal dari Banting,
Selangor seorang penggiat sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis.
Minat
Eswaran dalam sukan memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau menceburi
pelbagai jenis sukan sehinggakan beliau dianggap sebagai ikon atau idola sukan
di sekolahnya. Antara sukan yang diceburi ialah sukan bola sepak, sepak takraw,
bola baling, bola tampar, olahraga, badminton, hoki, kabaddi dan futsal.
Jangan
pandang brader ni sebelah mata guys. Eswaran ni juga ahli aktif dalam Unit
Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia SkuadPlusZon2 Kuala Langat.
Beliau
juga pernah menyatakan impian beliau untuk mewakili Malaysia satu hari nanti di
kejohanan antarabangsa Sukan SEA, Sukan Commonwealth, Asia dan Olimpik.
Tambahnya lagi untuk capai apa yang diimpikan itu bukan mudah, lebih-lebih lagi
sebagai seorang anak muda remaja di era mencabar banyak rintangan dan cabaran
kena hadap. Tapi beliau anggap itu sebagai pengalaman dan pengajaran hidup yang
penting usaha jangan pernah putus.
Dalam
tahun 2018 saja Eswaran ni dah banyak kejayaan manis dicapai antaranya,
Kejohanan Bola Sepak MSSD, Naib Johan Sepak Takraw MSSD, Bola Baling MSSS, Bola
Tampar MSSD, Olahraga 4emas 1gangsa Olahragawan, dan Kabaddi MSSS. Underrated
Athlete la senang cerita. Harapnya lepas ni Eswaran dapat teruskan
kecermerlangan dalam bidang sukan ke peringkat lebih tinggi.
Lepas
ni ada banyak lagi personaliti yang ZFA Sport tengah perhatikan. Show your true
colours on the pitch and get spotted by us. Salam!
No comments:
Post a Comment